Ibu Pertiwiku

By Prem Prethaban

Prem is every thing he wants to be when he wishes to be and BELIEVES it is best to be – an actor, an engineer, a director,a teacher, a singer , a poet and many yet to see..

Ibu mengandung sehingga tali pusat dikerat,

Ibu pertiwi pula menjangkau riwayat,

Jasa dan korbannya mengecilkan samudra,

Tanah tumpah darahku penjana syurga,

Indah langit kerana haus,

Indah bumi kerana kebebasan,

Indah bahasa kerana budi,

Indah bangsa kerana ibu pertiwi.

Sehelai kain mahu disapu warna,

Sekiranya lukisan julung kali bagi anak muda,

Biar berbintang, berbulan dan jalur –jalur sempurna,

Supaya cinta akan negara terpahat di jiwa.

Dua puluh lapan juta… pelbagai kaum… pelbagai agama,

Bahasa ada yang berpelat, hidung mata pun tidak serupa,

Pelbagai perbezaan semuanya ketara,

Namun kerana ibu pertiwi…. semuanya sekeluarga,

Kesemua anaknya dijunjung setinggi setara,

Yang berkhidmat untuknya disanjung semua,

Lebih 400 tahun perjuangan dan mencapai merdeka,

Hanya sempurna dengan aspirasi  1Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s